Saturday 30 November 2013

Kata Emak

Kata Mak,
"Kena kuat!jatuh...sakit...sedih...jangan menangis!"
"orang perempuan kena kuat jugak"...katanya...
Tapi mak...
Kadang2 anak mak ni tergelincir jugak....rapuh juga...
Nasib masih ada abah...
Dialah bahu untukku bersandar...
Cukup sekadar telefon abah dan diam....bila berjujuran air mata abah cukup tahu dan faham...
Tak perlu terang lebih abah sudah tahu...
Anak abah sedih...susah nak diluah...
"Abah tahu anak abah boleh...abah yakin anak abah kuat..."
Cukup....
Kata-kata dan suara abah yang itu sahaja sudah cukup untuk meredakan kegusaran hati dan akal fikiran aku ini...
Garau suara abah yang senantiasa yakin terhadap anaknya yang banyak kesompekan ini...
Terima Kasih abah kerana menjadi abah yang terbaik buat akak....